Saturday, November 22, 2008

HAMPIR 6 TAHUN KU DI UTHM….

Alhamdulillah…akhirnya pembelajaranku di UTHM telah tiba ke penghujungnya…6 tahun bagaikan sedar x sedar….terlalu bnyak sorotan kenangan manis dan pahit…bermula dengan diploma hinggalah ke degree…kalo nk di ceritakan satu persatu kenangan ni…6 tahun akan datang pun x kan abis…erm…apa yg nk dicoretkan sbenarnya…lpas ni da x der masa utk update laman blog ni…so, insyaAllah…menjelang arie2 terakhir di uthm…akanku gunakan sebaik2nya kemudahan tenet ni…kalo da blik kmpg…jgan harap la nk singgah Cyber Cafe…baik guna RM2.50 ni lepak dkat pantai dgn kwn2…mkan kopok… kenyang per perut…haha…

Erm…sbenarnya ader motif lain aku singgah dkat laman blog ni…Cuma nk ucap penghargaan ucpan terima kasih jer…bermula dgn mak n ayh...tq bnyak2..dorongan dan segala nasihat membina..lpas ni nk kejer dulu…sorry…x larat da blajar.. insyaAllah…kalo hati terbuka.. sambung la master…tp bukan masa yg terdekat…

Pensyarah2 yg telah mencurahkan segala ilmu sepanjang pengajian di UTHM…tanpa kalian smua saper la aku ni…bermula hari pertama hingga ke penghujung…bnyak perubahan…tp satu jer...sorryla..BI x pandai2 lg…haha…budak malas belajar cam tu la…dari darjah 1 smpai skrang…apa la aku buat…

Rakan-rakan seangkatan dgn ku…semoga berjaya dialam pekerjaan…ku doakan moga2 kalian smua dpt kerja yg bgus2….InsyaAllah…sepanjang perkenalan kita…mesti ader yg x kena..tu..normal la tu…so, mintak ampun..maaf bnyak2…


Rakan2 dkat YM pun sama gak…bnyak kongsi maklumat2…terima kasih ea dkat smua…walaupun x seberapa kenal..tp ader la jgak manfaatnya…kalo terasa terganggu...x per...jgn bimbang…lpas ni…satay_08 da offline…da x der tenet da…haha…tp per2 hal…email ajer dkat : skulie_85@yahoo.com.my. Walau aper pn kita tetap kawan dunia dan akhirat…smoga berjaya….

Owh…lupa…shabat yg paling rapat dgn ku dkat kmpg…Wadie, Rashid, Wapie, n Skupih…budak2 ni smua da kerja…yg x kejer cuma aku jer…sbut pasal skupih ni…ni la org yg bertanggungjawab ltak nama skulie…knaper skulie r ?..rahsia beb..!!

Erm…saper lagi r…owh…dkat kmpter aku nih…sedih btul mengenang nasib ko…bnyak berjasa…harta paling bernilai…lpas ni aku bukan lg tuan ko ea...ko akan dpat tuan baru...orgnya…adik aku la…bg la pluang dkat dia…mungkin dia akan jaga ko lbih baik drpda aku…haha….smoga hayat ko berpanjangan….

K la…utk terakhirnya…mintak maaf dkat smua yg mengenali dan tidak mengenali…kpada rakan2….kalo diriku masih berhutang…tlng mintak ea…takut terlupa hutang tu…jgn malu n segan nk mintak…may be 1-2hb dismber baru balik ganu… InsyaAllah….ku akhiri dgan Assalamualaikum….

-FAZLI-
23 November 2008 (2:38am)

Saturday, November 1, 2008

SELAMAT BERJUANG – FINAL-

Salaam…

Lama x update blog ni… lbih kurang sbulan lebih… bz sangat2… erm... nk ambik 20 minit jer nk mengarut dalam blog ni....a rie ni memang letih & memenatkan.... balik dari Melaka jam 2ptg... so, bila sampai jer.. comfirm tido la... satu benda yg best arie ni… mkan asam pedas muar… ikan merah…fresh plak tu…(dkat sbelah pantai muar)…smalam pun da mkan ikan siakap ngan ikan pari..umh anas…(Dato’latif..bersama anak2 yatim)…kalo mkan free…smua best…hehe…

Minggu ni nk kena hantar draft Thesis dekat penyelia..Dr Faiz..sebut jer PSM ni..aku nk ucap time kasih dkat Dr Faiz and kawan2…bnyak benda yg aku blajar mengenai PSM ni…tajuknya tentang “ Design An Optical Receiver with Bandwidth Adjustment Capabilities”…. So, aku x nk sembang banyak pasal PSM ni…lain kali la..citer benda ni…PSM 1 dan PSM 2….bleh kita kongsi sama2…ader lg 10 minit untuk aku taip… (set 20 minit kan td)…

Minggu ni minggu stdy week sbenarnya….tp.. hampeh… x stdy lg… tau nk kehulu-kehilir jer… (nk buat cam ner.. aku ni memang kaki jalan)… jadi nk ambik kesempatan.. nk ucap dekat kawan2… selamat menempuhi Final… Stdy Smart… semoga berjaya dengan cemerlang… Apa2 pun utk mu Fazli…slamat berjuang… tingkatkan prestasi… jgn lupa pada yg esa… bnyakkan doa…

da x der idea nmpaknya…masa tinggal lg 2 minit…erm apa lg…perutku da lapar...jam da bebunyi da…da cukup 20 minit...(woww…masa terlalu pantas)..ok la...

“Selamat menempuhi Final, slamat berjuang”….tq..

-Fazli-
(8.13pm – 8.38pm)

Wednesday, September 24, 2008

SALAM AIDILFITRI…..


Assalamu'alaikum WBTH…



Allahuakbar...Allahuakbar…Allahuakbar…Walillahilham.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw, keluarganya dan sahabatnya serta para pejuang islam seluruhnya. Dikesempatan yang ada ni…ku nk ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfiri… Maaf Zahir & Batin kpd semua sahabat sama ada yang mengenali atau pun yang tidak mengenali sama skali…Didalam kita bergembira untuk menyambut hari raya, janganlah kita sama sekali lupa kepada mereka yang telah pergi menyahut seruan ilahi…Al-Fatihah untuk mereka….


Kepada mereka yang pulang kekampung, diharap berhati-hati dan bersabar dalam mengharungi perjalanan ke tempat destinasi…dan kepada mereka yang tidak dapat pulang…ada hikmah disebalik ketentuan Ilahi…


Bersempena dengan hari raya ni…sama-samala kita bermaaf-maafan sesama kita… “Ambil lah yang jernih, dan buang yang keruh”…gunakanlah kesempatan yang ada ni, utk kita sama2 menjalinkan hubungan yang lebih akrab sesama keluarga dan juga para sahabat….moga2 kehidupan kita semua, lebih sempurna dan diredhai olehnya…


Menjelang tiba 1 Syawal…pastinya kita sama2 akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan… walaubagaimanapun, masih ada masa dan ruang untuk kita tingkatkan amal ibadah sebelum berakhirnya bulan keberkatan ni…rebutlah peluang dikala diri masih bernyawa dan bertenaga.…Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh ujian. Mereka yang berjaya adalah mereka yang kuat imannya. sama-samalah kita berjuang semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti akan lebih bermakna...Insyaallah


“ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ”


FAZLI BIN MOHAMAD
CE060096
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
25 SEPTEMBER 2008 ( 4.15am)

Saturday, August 23, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Assalamualaikum….


Untuk sahabat karibku…Che Mohd Syazwan n Noor Sheila Saufi…syabas n tahniah slps slamat diijabkabul di Masjid Pasir Puteh, klate (21/08/08).. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki dengan limpahan anak… (sdozen bleh?... hehehe)… semoga alam perkahwinan yg baru ditempuhi membawa kebahagian yng x terhingga…


Yang paling best…mungkin pngalaman ni yng x bleh nk lupa kot….aku, kudri n bahrein jd pengapit n pak andan…huhuhu…kerja bidang terjun…sorry che…kalo aku n the geng buat kerja kurang memuaskan…hehe…apa2 pun rasanya…perjalanan perkahwinan berjalan dengan lancar…Alhamdulillah…lagi satu dapat jugak round klate..g rantau panjang, pengkalan kubor n bandar kb…first time plak tu naik ketapi blik ke Ito… 14 jam…letih r…


Bingkisan doa untuk kedua mempelai (pasangan guru)….


Ya Allah Ya Tuhan Kami. Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis serta sesuci Muhammad dan khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, dekatkan mereka kepada kebaikan, jauhkan mereka dari keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat.

3.15 am

Wednesday, August 13, 2008

ALANGKAH INDAHNYA.....

Ya Rasulullah...

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah...

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah...

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Ya Rasulullah...

Saturday, July 26, 2008

WARKAH PERINGATAN.....

Assalamualaikum….

Warkah to fazli…

Berpijaklah kamu dibumi yang nyata….janganlah sesekali kamu wahai fazli lari daripada pegangan agamamu yakni Islam….sesekali dugaan yang mendatang bukannya untuk menjahanamkan kamu…bahkan supaya kamu lebih matang bagi mengahadapi hari2 yang mendatang….jangan la sesekali kamu menyalahkan takdir ilahi jika apa yang kamu ingini tidak tercapai….mungkin yang terbaik akan menanti kamu di kemudiaan hari….


Pesanku kepadamu…usah leka…angkuh….sombong dan takabur dengan apa yang telah kamu miliki sebelum ini....ingatlah...setiap yang baik itu mestilah disusuli dengan rasa syukur yang tak terhingga….berbuat baiklah kepada setiap orang yang kamu kenali dan juga yang tidak dikenali….percayalah setiap perbuatan yang baik walaupun sekecik biji sawi…nescaya dijanjikan Allah dengan habuan dan nikmat didunia dan diakhirat….InsyaAllah…


Sekian…to fazli…

Monday, June 9, 2008