Tuesday, February 26, 2008

4 GOLONGAN LELAKI

Pertama:- AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- SUAMINYA

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang- abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempunnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

KESIMPULAN

Setiap lelaki haruslah mempunyai rasa tanggungjawab yang sebenar-benarnya supaya kehidupan dunia dan akhirat diredhai dan dirahmati oleh Allah...Sesuatu yang sempurna membawa kepada keindahan hidup...andainya patuh teguh lah iman, andainya rapuh gugatlah iman...Fikir-fikirkan...

Thursday, February 7, 2008

PROPAGANDA JAHAT YAHUDI

KEKELIRUAN ANTARA MASJID AL-AQSA DAN DOME OF THE ROCK


Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.


Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa.

Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam

Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.Terjemahan surat Dr. Marwan

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel.

Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak!

Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka. Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai

Lain-lain gambar berkaitan:



Tuesday, February 5, 2008

DIMANA SHARLINIE ?

Masyarakat Malaysia gempar lagi dengan kehilangan adik sharlinie yang dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang bermain dengan kakaknya sharliena kira-kira 150 meter dari umah mereka.

Lebih memilukan, kejadian ini berlaku selepas 24 jam penemuan semula Nor Fatiha Zaidi yang sebelum itu dilaporkan telah diculik berhampiran tempat kejadian dan ditemui di Wangsa Maju.
Belum pun tertangkapnya penjenayah kejam yang membunuh dan menyeksa mayat adik Nurin Jazlin, kita dikejutkan dengan kes terbaru ini.

Siapa yang harus dipersalahkan. Nampaknya kita masih tidak belajar dari apa yang berlaku. Adakah manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya? Apapun kita sama-sama berdoa supaya adik sharline berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

SENARIO PERKAHWINAN

SHOPPING

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."

MAKAN

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

ANAK

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

HADIAH

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh

MASAK

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "awak ni memang pemalas.."

TEKA -TEKI

1) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
2) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
3) Siape yang menemukan dompet kulit?
4) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...
siapakah saya?
5) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
6) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
7) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
8) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang,
ape bendanya?
9) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
10) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
11) Gajah terbang dengan ape?

ANSWER

1) Kuih salah bikin
2) Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
3) Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saye.
4) Pembohong...
5) Usus
6) Neneknye si katak
7) Dua-dua tak kenal korang...hehe
8) Tahi hidung
9) Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat
10) Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa...gil ape...
11) Dengan susah payah......

KOLEKSI LAWAK

LONDEH SKIRT, BUANG SELUAR

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu,apa yang akan kamu lakukan?

Murid : Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid : Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)
Jeng! Jeng! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...


PENJUAL TELUR

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


ANAK NGAN BAPAK

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dahabis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

ANDA TAHU SIAPA AKU?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya."Banyak dapat ikan, kawan?" tanya orang itu."Wah, luarbiasa sekali! Se! malam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.""Hm, anda tau siapa aku?" "Tidak," jawabnya."Aku pemilik kolam ini.""Dan anda tau siapa aku?" tanya lelaki itu cepat-cepat."Tidak.""Aku pembohong besar di kota ini."

SUDU

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

OK! DAH KENA MAK!!!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!""Ok!" kata anak dia.Si ibu pun undur keretanya."Lagi mak undur lagi" kata anak dia."Lagi lagi" kata anak dia.Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMM" kereta yg dia undur tu terlanggarpokok kat belakang.Anak dia pun menjerit" OK! Mak, dah kena!"

KISAH ISTERI CEMBURU TAK BERTEMPAT

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Monday, February 4, 2008

PESAN ATUK

ORANG KATA...
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA...
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..
past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA...
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA..
setiap hari jadi,
kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar,
kereta mewah,
makan lazat.. baru hati puas!
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi.. ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
Aku Insaf dengan Kata-Kata ATUK
HARAP-HARAP GITU R

BAGAIMANA MEMINTA MAAF

Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan latihan dan disertai dengan pemberian hadiah.

Langkah-langkah:

  1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
  2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
  3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
  4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
  5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
  6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
  7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
  8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai. Teruskan kehidupan.
  9. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.


Panduan-panduan:

  1. Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri. Ikhlas.
  2. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
  3. Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.

Semoga daripada apa yang dipaparkan ini, memberi pengajaran yang berguna dalam meneruskan kehidupan sebagai insan yang bergelar Muslim. InsyaAllah... Hidup ini indah andainya kita saling sayang-menyayangi antara satu sama lain dan menjauhi segala persengketaan yang tidak mendatangkan hasil. Fikir-fikirkan...

Sunday, February 3, 2008

FADHILAT BISMILLAH

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya.

Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

KENANGAN BERSAMA DKE CREW..

Ni kenangan masa dekat Kuala Linggi..bleh katakan smua la yg g...masa ni time nak bertolak balik ke ito...lebih kurang 2 hari jugak lh duk dkat tempat ni...

Ni la member yang paling rapat dengan aku...Zainul, Naim, Kyudri ngan Bahrein...budak2 ni memang best...buat ape2 pun memang sekepala...hehehe..


Pic ni masa konvo tahun 2006 bulan september....ni la sebilangan budak2 DKE crew tungggu turn nk ambik anugerah Diploma daripda Rektor masa tu....Semua dah lepas Diploma..cayok2


Ni hah tgk seronok nak ambik gambar...dah last sem...tahun akhir plak tu... Ni la member2 aku dunia dan akhirat...jauh mana pun kita, DKE tetap dalam kenangan...hehehe


Ni bidadari2 yang ader dkat kelas aku...tgk tu... semua tgh control nak possing ambik gambar...
la.. smua cun-cun blaker...



Ni masa tahun 2 Diploma.. masa lepas subjek Pedagogi... Good Luck untuk semua... Semoga Berjaya Dunia Akhirat...Diharap ukhwah yang terbina menjadi seribu kenang-kenangan untuk selama-selamanya...

Amboi seronok giler... masa ni baru je lepas dengar taklimat untuk Latihan Mengajar (LM)...masa tahun 3 sem last...huhuhu...



Ni lah budak2 kelas aku masa Diploma (DKE) ... semuanya best... ok r dapat member2 cam budak2 ni.. DKE crew memang best giler... hehehe...



























































UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Berfikir lebih baik daripada termenung Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain di dunia ini. Jika kamu berbuat demikian, maka kamu telah menghina diri sendiri.
-ALEN STRIKE-

Kamu tidak ambil kisah untuk apalah orang lain fikirkan tentang kamu. Kecuali kamu ambil kisah apabila kamu memberikan mereka fikirkan tentang kamu.
-STANLEY FERRARD-

Seorang lelaki adalah bernasib baik jika dia adalah cinta pertama seorang wanita. Seorang wanita adalah bernasib baik jika dia adalah cinta terakhir seorang lelaki.
-CHARLES DICKENS-

Tulis kisah-kisah sedih kamu di atas pasir. Tulis kisah-kisah baik kamu di atas batu.
-GEORGE BERNARD SHAW-

Di belakang seorang lelaki yang berjaya, di sana terdapat satu kesakitan yang tidak terhingga di dalam hatinya.
-BILL JACOBS-

Tanpa penglibatan kamu, kamu tidak boleh berjaya. Dengan penglibatan kamu, kamu tidak boleh gagal.
-Dr. ABDUL KALAM-

Cintakan kerja kamu tetapi jangan cintakan syarikat kamu kerana kamu mungkin tidak tahu bila syarikat kamu berhenti mencintai kamu.
-Dr. ABDUL KALAM-

Kamu mungkin mendapat KELEWATAN untuk mancapai sasaran. Tetapi setiap langkah kamu ambil untuk menuju ke sasaran adalah SAMA kepada KEMENANGAN.
-MARL MARX-

Adalah lebik baik untuk buangkan Ego kamu untuk seseorang yang kamu cinta, daripada kehilangan seseorang yang kamu cinta kerana KEEGOANMU.
-JOHN KEATS-


-fazli-

HUBUNGAN ANTARA MANUSIA & BUAH-BUAHAN

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya
yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya
sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti
kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit
yang tajam, tetapi di dalamnya lembut
dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya
mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya
ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun
hidup dalam tanah dan selut, tetapi
umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan
tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama
rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil
ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin
tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari
bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai
sumber tumbesaran buat anak dan utk..

Saturday, February 2, 2008

CEBISAN KENANGAN

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita

sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku


sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi

kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah


lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

HARGAILAH MASA


Friendster Clocks at PingAFriend.com