Wednesday, September 24, 2008

SALAM AIDILFITRI…..


Assalamu'alaikum WBTH…



Allahuakbar...Allahuakbar…Allahuakbar…Walillahilham.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw, keluarganya dan sahabatnya serta para pejuang islam seluruhnya. Dikesempatan yang ada ni…ku nk ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfiri… Maaf Zahir & Batin kpd semua sahabat sama ada yang mengenali atau pun yang tidak mengenali sama skali…Didalam kita bergembira untuk menyambut hari raya, janganlah kita sama sekali lupa kepada mereka yang telah pergi menyahut seruan ilahi…Al-Fatihah untuk mereka….


Kepada mereka yang pulang kekampung, diharap berhati-hati dan bersabar dalam mengharungi perjalanan ke tempat destinasi…dan kepada mereka yang tidak dapat pulang…ada hikmah disebalik ketentuan Ilahi…


Bersempena dengan hari raya ni…sama-samala kita bermaaf-maafan sesama kita… “Ambil lah yang jernih, dan buang yang keruh”…gunakanlah kesempatan yang ada ni, utk kita sama2 menjalinkan hubungan yang lebih akrab sesama keluarga dan juga para sahabat….moga2 kehidupan kita semua, lebih sempurna dan diredhai olehnya…


Menjelang tiba 1 Syawal…pastinya kita sama2 akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan… walaubagaimanapun, masih ada masa dan ruang untuk kita tingkatkan amal ibadah sebelum berakhirnya bulan keberkatan ni…rebutlah peluang dikala diri masih bernyawa dan bertenaga.…Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh ujian. Mereka yang berjaya adalah mereka yang kuat imannya. sama-samalah kita berjuang semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti akan lebih bermakna...Insyaallah


“ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ”


FAZLI BIN MOHAMAD
CE060096
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
25 SEPTEMBER 2008 ( 4.15am)