Wednesday, May 21, 2008
AYAT KURSI
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Peringatan
Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Sunday, May 11, 2008
10 LALUAN SYAITAN
Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam " hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata:" kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu" :
Pertama :TAMAK DAN BURUK SANGKA
lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar
Kedua :CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN
lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
Ketiga :CINTAKAN NIKMAT
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
Keempat :KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.
Kelima :MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MREKA
lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
Keenam :HASAD DENGKI
lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.
Ketujuh :RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
Kelapan :BAKHIL
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akanbinasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.
Kesembilan : TAKABBUR
lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.
Kesepuluh : TAMAK
lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkansesuatu yang ada pada manusia.
Kesimpulan:
MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH.....YA ALLAH....YA TUHANKU..BERIKANLAH KEBAIKAN KEPADA KAMI...DENGAN BERKAT KEAGUNGANMU ZAT MU YANG MAHA ESA..WAHAI TUHAN PENCIPTA SEKALIAN ALAM.....AMIN..
Wednesday, April 23, 2008
8 PETANDA DIA ADALAH JODOH KAMU
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terusbersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa Si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai Jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu.. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat!Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-maluperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di Tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan-lapan petanda diatas telah diketemui?
"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"
Saturday, March 29, 2008
7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
" YA TUHANKU....SEDETIK HATI INI...BERBICARA...MENGENANGKAN DOSA LALU...DALAM PASRAH....KU POHON PENGAMPUNANMU...."
Sama-sama lah kita hayati lirik lagu "selimut putih" ini...moga2 terdapat satu anjakan paradigma didalam hati ini, bagi mendekatkan diri kepada pencipta yang esa..ALLAH...InsyaAllah...
"SESIBUK MANA PUN KITA, JANGAN LUPA UNTUK M'BACA AL-QURAN"...
"Selimut Putih "
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan( 2X )
( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri( 2X )
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung( 2X )
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman( 2X )
( ulang 2 )
-FAzLI-
2.58ptg
Wednesday, March 5, 2008
RUKUN SEMBAHYANG...
1. BERDIRI BETUL,
jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT,
dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM,
mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH,
bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH,
membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH,
berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH,
membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH,
duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT,
membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM,
memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB,
mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
KESIMPULAN
Kadang-kadang kita lupa atau alpa apakah sebenarnya perkara yang tedapat dalam rukun sembahyang...Dalam mengejar arus kemodenan hidup...barangkali kesibukan membataskan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah...Tiada alasan sebenarnya yang boleh menyebabkan kita menjauhi pencipta kita..ALLAH.. sesibuk mana pun kita...hargailah pencipta kita yang maha agung yang tiada tolok tandingnnya....Semoga kita sama-sama berusaha dalam mendekatkan diri kepada yang Esa..InsyaAllah...
Tuesday, February 26, 2008
4 GOLONGAN LELAKI
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- SUAMINYA
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang- abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempunnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...
KESIMPULAN
Setiap lelaki haruslah mempunyai rasa tanggungjawab yang sebenar-benarnya supaya kehidupan dunia dan akhirat diredhai dan dirahmati oleh Allah...Sesuatu yang sempurna membawa kepada keindahan hidup...andainya patuh teguh lah iman, andainya rapuh gugatlah iman...Fikir-fikirkan...
Thursday, February 7, 2008
PROPAGANDA JAHAT YAHUDI

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa.
Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam
Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.Terjemahan surat Dr. Marwan
Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel.
Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak!
Lain-lain gambar berkaitan:


