Wednesday, March 5, 2008

RUKUN SEMBAHYANG...

Lupakah kita akan satu perkara...??? Rukun Sembahyang adalah perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. Terdapat 13 perkara (Rukun sembahnyang) yang mesti dilakukan bagi memenuhi tuntutan kita dalam melakukan solat (sembahyang)...Yakni :

1. BERDIRI BETUL,
jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

2. NIAT,
dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

3. TAKBIRATUL IHRAM,
mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH,
bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH,
membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH,
berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH,
membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH,
duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT,
membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM,
memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB,
mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

KESIMPULAN

Kadang-kadang kita lupa atau alpa apakah sebenarnya perkara yang tedapat dalam rukun sembahyang...Dalam mengejar arus kemodenan hidup...barangkali kesibukan membataskan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah...Tiada alasan sebenarnya yang boleh menyebabkan kita menjauhi pencipta kita..ALLAH.. sesibuk mana pun kita...hargailah pencipta kita yang maha agung yang tiada tolok tandingnnya....Semoga kita sama-sama berusaha dalam mendekatkan diri kepada yang Esa..InsyaAllah...

No comments: