Friday, April 10, 2009

NANOTEKNOLOGI

Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa objek-objek menjadi semakin kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon).

Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air. Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:

• satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
• dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
• tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.


Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:

• Risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan
jirim nano.
• Risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau
teknologi nano lain)
• Risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.

No comments: