Tuesday, February 5, 2008

DIMANA SHARLINIE ?

Masyarakat Malaysia gempar lagi dengan kehilangan adik sharlinie yang dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang bermain dengan kakaknya sharliena kira-kira 150 meter dari umah mereka.

Lebih memilukan, kejadian ini berlaku selepas 24 jam penemuan semula Nor Fatiha Zaidi yang sebelum itu dilaporkan telah diculik berhampiran tempat kejadian dan ditemui di Wangsa Maju.
Belum pun tertangkapnya penjenayah kejam yang membunuh dan menyeksa mayat adik Nurin Jazlin, kita dikejutkan dengan kes terbaru ini.

Siapa yang harus dipersalahkan. Nampaknya kita masih tidak belajar dari apa yang berlaku. Adakah manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya? Apapun kita sama-sama berdoa supaya adik sharline berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

No comments: