Tuesday, February 5, 2008

KOLEKSI LAWAK

LONDEH SKIRT, BUANG SELUAR

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu,apa yang akan kamu lakukan?

Murid : Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid : Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)
Jeng! Jeng! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...


PENJUAL TELUR

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


ANAK NGAN BAPAK

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dahabis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

ANDA TAHU SIAPA AKU?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya."Banyak dapat ikan, kawan?" tanya orang itu."Wah, luarbiasa sekali! Se! malam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.""Hm, anda tau siapa aku?" "Tidak," jawabnya."Aku pemilik kolam ini.""Dan anda tau siapa aku?" tanya lelaki itu cepat-cepat."Tidak.""Aku pembohong besar di kota ini."

SUDU

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

OK! DAH KENA MAK!!!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!""Ok!" kata anak dia.Si ibu pun undur keretanya."Lagi mak undur lagi" kata anak dia."Lagi lagi" kata anak dia.Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMM" kereta yg dia undur tu terlanggarpokok kat belakang.Anak dia pun menjerit" OK! Mak, dah kena!"

KISAH ISTERI CEMBURU TAK BERTEMPAT

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

No comments: