Saturday, November 1, 2008

SELAMAT BERJUANG – FINAL-

Salaam…

Lama x update blog ni… lbih kurang sbulan lebih… bz sangat2… erm... nk ambik 20 minit jer nk mengarut dalam blog ni....a rie ni memang letih & memenatkan.... balik dari Melaka jam 2ptg... so, bila sampai jer.. comfirm tido la... satu benda yg best arie ni… mkan asam pedas muar… ikan merah…fresh plak tu…(dkat sbelah pantai muar)…smalam pun da mkan ikan siakap ngan ikan pari..umh anas…(Dato’latif..bersama anak2 yatim)…kalo mkan free…smua best…hehe…

Minggu ni nk kena hantar draft Thesis dekat penyelia..Dr Faiz..sebut jer PSM ni..aku nk ucap time kasih dkat Dr Faiz and kawan2…bnyak benda yg aku blajar mengenai PSM ni…tajuknya tentang “ Design An Optical Receiver with Bandwidth Adjustment Capabilities”…. So, aku x nk sembang banyak pasal PSM ni…lain kali la..citer benda ni…PSM 1 dan PSM 2….bleh kita kongsi sama2…ader lg 10 minit untuk aku taip… (set 20 minit kan td)…

Minggu ni minggu stdy week sbenarnya….tp.. hampeh… x stdy lg… tau nk kehulu-kehilir jer… (nk buat cam ner.. aku ni memang kaki jalan)… jadi nk ambik kesempatan.. nk ucap dekat kawan2… selamat menempuhi Final… Stdy Smart… semoga berjaya dengan cemerlang… Apa2 pun utk mu Fazli…slamat berjuang… tingkatkan prestasi… jgn lupa pada yg esa… bnyakkan doa…

da x der idea nmpaknya…masa tinggal lg 2 minit…erm apa lg…perutku da lapar...jam da bebunyi da…da cukup 20 minit...(woww…masa terlalu pantas)..ok la...

“Selamat menempuhi Final, slamat berjuang”….tq..

-Fazli-
(8.13pm – 8.38pm)

Wednesday, September 24, 2008

SALAM AIDILFITRI…..


Assalamu'alaikum WBTH…



Allahuakbar...Allahuakbar…Allahuakbar…Walillahilham.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw, keluarganya dan sahabatnya serta para pejuang islam seluruhnya. Dikesempatan yang ada ni…ku nk ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfiri… Maaf Zahir & Batin kpd semua sahabat sama ada yang mengenali atau pun yang tidak mengenali sama skali…Didalam kita bergembira untuk menyambut hari raya, janganlah kita sama sekali lupa kepada mereka yang telah pergi menyahut seruan ilahi…Al-Fatihah untuk mereka….


Kepada mereka yang pulang kekampung, diharap berhati-hati dan bersabar dalam mengharungi perjalanan ke tempat destinasi…dan kepada mereka yang tidak dapat pulang…ada hikmah disebalik ketentuan Ilahi…


Bersempena dengan hari raya ni…sama-samala kita bermaaf-maafan sesama kita… “Ambil lah yang jernih, dan buang yang keruh”…gunakanlah kesempatan yang ada ni, utk kita sama2 menjalinkan hubungan yang lebih akrab sesama keluarga dan juga para sahabat….moga2 kehidupan kita semua, lebih sempurna dan diredhai olehnya…


Menjelang tiba 1 Syawal…pastinya kita sama2 akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan… walaubagaimanapun, masih ada masa dan ruang untuk kita tingkatkan amal ibadah sebelum berakhirnya bulan keberkatan ni…rebutlah peluang dikala diri masih bernyawa dan bertenaga.…Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh ujian. Mereka yang berjaya adalah mereka yang kuat imannya. sama-samalah kita berjuang semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti akan lebih bermakna...Insyaallah


“ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ”


FAZLI BIN MOHAMAD
CE060096
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
25 SEPTEMBER 2008 ( 4.15am)

Saturday, August 23, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Assalamualaikum….


Untuk sahabat karibku…Che Mohd Syazwan n Noor Sheila Saufi…syabas n tahniah slps slamat diijabkabul di Masjid Pasir Puteh, klate (21/08/08).. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki dengan limpahan anak… (sdozen bleh?... hehehe)… semoga alam perkahwinan yg baru ditempuhi membawa kebahagian yng x terhingga…


Yang paling best…mungkin pngalaman ni yng x bleh nk lupa kot….aku, kudri n bahrein jd pengapit n pak andan…huhuhu…kerja bidang terjun…sorry che…kalo aku n the geng buat kerja kurang memuaskan…hehe…apa2 pun rasanya…perjalanan perkahwinan berjalan dengan lancar…Alhamdulillah…lagi satu dapat jugak round klate..g rantau panjang, pengkalan kubor n bandar kb…first time plak tu naik ketapi blik ke Ito… 14 jam…letih r…


Bingkisan doa untuk kedua mempelai (pasangan guru)….


Ya Allah Ya Tuhan Kami. Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis serta sesuci Muhammad dan khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, dekatkan mereka kepada kebaikan, jauhkan mereka dari keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat.

3.15 am

Wednesday, August 13, 2008

ALANGKAH INDAHNYA.....

Ya Rasulullah...

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah...

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah...

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Ya Rasulullah...

Saturday, July 26, 2008

WARKAH PERINGATAN.....

Assalamualaikum….

Warkah to fazli…

Berpijaklah kamu dibumi yang nyata….janganlah sesekali kamu wahai fazli lari daripada pegangan agamamu yakni Islam….sesekali dugaan yang mendatang bukannya untuk menjahanamkan kamu…bahkan supaya kamu lebih matang bagi mengahadapi hari2 yang mendatang….jangan la sesekali kamu menyalahkan takdir ilahi jika apa yang kamu ingini tidak tercapai….mungkin yang terbaik akan menanti kamu di kemudiaan hari….


Pesanku kepadamu…usah leka…angkuh….sombong dan takabur dengan apa yang telah kamu miliki sebelum ini....ingatlah...setiap yang baik itu mestilah disusuli dengan rasa syukur yang tak terhingga….berbuat baiklah kepada setiap orang yang kamu kenali dan juga yang tidak dikenali….percayalah setiap perbuatan yang baik walaupun sekecik biji sawi…nescaya dijanjikan Allah dengan habuan dan nikmat didunia dan diakhirat….InsyaAllah…


Sekian…to fazli…

Monday, June 9, 2008

Sunday, June 8, 2008

KRITERIA LELAKI SOLEH

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adlh matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dlm menghadapi ujian dan cabaran dri Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal pnuh kpd Allah dan tidak mngeluh kecuali kpd Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Mnrapkn nilai ksih syg ssama mukmin dan ukhwah diantara mrka.

14. Sngat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada

17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Peringatan to -FAZLI-

orang-orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.